Contact Us

My photo
Untuk maklumat lanjut sila hubungi; Sidik: 019-3800897, Harizan: 019-3549722, Shaharuddin: 012-7622184, 012-7238077

Tuesday, May 1, 2012

Kursus Umrah10: Tawaf

RUKUN UMRAH No.2: Tawaf


Maksud Tawaf:
Mengelilingi Kaabah tujuh pusingan bermula dari Hajaral Aswad dengan syarat-syarat tertentu.




ANTARA KESALAHAN-KESALAHAN DALAM TAWAF
BATAL TAWAF
AMALAN-AMALAH MAKRUH DALAM TAWAF
Terbuka Aurat
Makan / Minum
Menyentuh kelambu/ dinding Kaabah
Bercakap-cakap semasa tawaf khususnya percakapan yang kurang sopan
Terpesong niat seperti mencari kawan/ isteri / suami
Baca doa dengan nyaring
Menyentuh Syazarwan ( tapak Kaabah )
Bercakap dengan telefon bimbit ( Handphone )
Melakukan ramal pada semua pusingan

PERIHAL WUDUK SEMASA TAWAF
( Keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke 21 pada 5-7 jun 2005 di Shah Alam )
Bersentuhan lelaki dan perempuan yang halal nikah tanpa lapik batal wuduk
Rukhsah adalah keringanan yang Allah berikan kepada umat Islam dalam melaksanakan perintah Allah di saat-saat darurah ( terdesak ), masyaqqah ( kesusahan ) atau haajah ( keperluan )
Azimah pula suatu kemestian melaksanakan perintah Allah dalam apa jua keadaan sekalipun.
Oleh itu boleh beralih dari pendapat Syafi'e yang masyhur kepada pendapat Syafi'ie yang marjuh iaitu :-
-Tidak batal wuduk jika berlaku persentuhan lelaki dan perempuan tanpa syahwat
-( Pendapat Ibn Suraij dan Al-Rafi'ie )
Dalam masyaqqah sahaja ( bermula dari tangga hotel hingga selelai tawaf )


Adalah AFDHAL menangguhkan tawaf apabila azan dikumandangkan untuk mendirikan solat sunat Rawatib. Tawaf boleh disambung semula selepas solat fardhu berjemaah.


PERKARA-PERKARA SUNAT SELEPAS TAWAF


1. Solat Sunat Tawaf; dilakukan dibelakang Maqam Ibrahim.
Lafaz Niat:  اصلى سنة الطواف ركعتين لله تعالى
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tawaf dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

2. Minum air zam-zam sambil mengadap Kaabah & berdo'a:

      .أَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْئَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ


Maksudnya: Ya Allah, aku bermohon denganMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan ubat dari segala penyakit.

No comments:

Post a Comment