Contact Us

My photo
Untuk maklumat lanjut sila hubungi; Sidik: 019-3800897, Harizan: 019-3549722, Shaharuddin: 012-7622184, 012-7238077

Saturday, June 9, 2012

Bacaan Yasin 7 Mubien.


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sakaratul maut. Sememangnya suatu saat yang sukar dan mencabar untuk dilalui. Saat yang dikhabarkan sebagai tahap dahaga yang terlalu tinggi. Sehingga satu lautan belum tentu akan hilang hausnya. Di kala itu jugalah para syaitan berusaha sedaya mampu mengelirukan manusia. Agar sama-sama sesat dan kekal di dalam neraka di hari pembalasan kelak. Pada saat tersebut juga kita dipesan oleh Rasulullah SAW agar men’talqin’kan orang yang sedang nazak itu. Di sunatkan pada masa itu kita memberikan titisan air (kalau boleh air zam-zam) ke dalam mulut si pesakit bagi membantu menghilangkan sedikit hausnya yang tidak terkira.
Surah Yaasin sekiranya dibaca dengan caranya dan ikhlas niatnya dapat juga membantu mereka yang menghadapi saat ini. Ajarkanlah kepada keluarga terdekat agar dengan ilmu tersebut nanti mereka dapat sedikit sebanyak membatu kita menghadapi sakaratul maut tersebut. Bacaan Yaasin dengan cara 7 hentian mubin. Ilmu ini merupakan furuk daripada keseluruhan pelajaran ilmu perubatan Islam yang telah ditauliahkan kepada kami oleh Datuk Dr. Harun Din suatu ketika dahulu (MPI 2001).
Maksud.
Di dalam surah Yaasin terdapat tujuh tempat hentian (wakaf) di atas perkataan Mubien (مبين). Mengikut ilmu perubatan Islam, kita boleh memberhentikan bacaan di atas perkataan tersebut dan kembali mengulangi bacaan Yaasin dari mula. Seterusnya melangkaui mubien yang pertama dan berhenti (wakaf) pula di hentian mubien yang kedua. Kembali memulakan bacaan sehinggalah selesai tujuh kali bacaan dengan tujuh kali wakaf di hentian mubien.
Hujjah ilmiah.
Al-Quran merupakan petunjuk dan ubat bagi mereka yang benar-benar yakin dan beriman dengannya. Tidak semua ilmu al-Quran ini dikuasai oleh seseorang. Tetapi mendalami ilmu-ilmu al-Quran akan dapat meningkatkan lagi kekuatan iman seseorang. Al-Quran adalah mukjizat. Ia juga mengandungi pelbagai hikmah yang hanya diketahui secara keseluruhannya oleh Yang Maha Pencipta. Barangsiapa yang Allah kurniakan sebahagian hikmah ini kepadanya maka dia telah dibekalkan dengan bekalan yang terbaik.
Bacaan al-Quran adalah suatu ibadah. Setiap huruf akan diganjarkan dengan 1o kebajikan. Bukannya Alif Lam Mim (الم) itu satu huruf kata Nabi SAW, tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf. Surah Yaasin pula diganjarkan sebagaimana yang diniatkan oleh pembacanya (al-Hadith).
Bacaan al-Quran dengan cara-cara yang tertentu bukan merupakan suatu bid’ah. Selagi cara tersebut tidak bertentangan dengan syariat seperti membaca ayat-ayat al-Quran secara terbalik, membaca di dalam tandas, membaca dengan potongan ayat yang tidak lengkap lalu disambung baca dengan ayat dari surah yang lain sehingga menjadi satu ayat lengkap dengan maksud yang tidak difahami dan sebagainya. Malah bacaan al-Quran yang diperturunkan ilmunya oleh seorang guru yang lebih amalan dan pengalamannya serta betul pula letak susunnya adalah wajar diikuti.
Khutwah Bacaan Yaasin 7 Mubien.
1. Bacaan Yaasin dimulakan dengan bacaan al-Fatihah, selawat 11 kali dan memulakan bacaan sehingga bertemu dengan perkataan mubien yang pertama. Wakaf bacaan tersebut tanpa penutup (صدق الله العظيم).
2. Mulakan semula bacaan surah Yaasin dari awal tanpa bacaan al-Fatihah dan lainnya sehingga bertemu mubien yang pertama tadi. Terus sahaja membaca sehingga anda bertemu dengan perkataan mubien yang kedua. Wakaf bacaan tersebut tanpa penutup.
3. Mulakan bacaan Yaasin dari awal sehingga anda melangkaui perkataan mubien pertama dan kedua kemudian bertemu dengan mubien yang ketiga. Wakaf bacaan tersebut tanpa penutup.
4. Wakaf pada perkataan mubien yang keempat.
5. Wakaf pada perkataan mubien yang kelima.
6. Wakaf pada perkataan mubien yang keenam.
7. Melengkapkan bacaan yaasin secara keseluruhannya (melangkau perkataan mubien yang terakhir tanpa wakaf). Kemudian disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).
Selamat mencuba. Wallahu aklam..
Untuk makluman semua pembaca, artikel ini telah disalin semula dari: http://ibnrajab.wordpress.com/2008/02/01/bacaan-yaasin-7-mubien/

Bacaan Yassin 41


Bismillahirrahmanirrahim, wa bihi nastaien
Terdahulu ana cuba ketengahkan cara bacaan Yaasin 7 Mubien. Hari ini ana ingin panjangkan pula ilmu guru ana tentang Yaasin ini. Katanya, jika ia dibaca cara 41 (usaha dengan izin Allah jua) akan dapat mengelakkan kecelakaan dan bala daripada menimpa kita. Ilmu ini pun diperturunkan oleh ulama juga. Bolehlah dirujuk kitab abwabu al-faraju yang dikarang oleh Dr Muhammad Alwi ataupun kitab-kitab yang membicarakan tentang kelebihan surah-surah al-Quran. Cuma walau apa pun kita perlu insaf bahawa, di dunia ini kita hanya berikhtiar, yang mengkabulkannya (memujarabkan) adalah Allah SWT jua. Dan di dalam surah Yaasin itu sendiri Allah tegaskan bahawa: Sekiranya Allah menghendaki sesuatu itu terjadi, dengan berkata padanya “kun” maka ia pasti akan berlaku.
Manfaatnya
Kata guru ana, jika orang bujang selalu baca (amalkan) Yaasin 41 ini, mudah dapat jodoh yang baik. Suami pula akan berjaya dalam pengurusan rumah tangganya. Isteri akan menjadi mudah taat pada suami. Ibubapa senang menangani karenah (kenakalan) anak-anak. InsyaAllah, anak tidak akan buat kabair (dosa besar).
Penyediaanya
Paling baik jika ia dibacakan ke atas air zam-zam dan dijadikan minuman sekeluarga setiap hari. Air zam-zam yang dibacakan pula ayat-ayat suci al-Quran itu sememangnya mampu membentuk diri ke arah yang lebih baik. Kerana unsur utama badan manusia merupakan air, jadi tidak dinafikan air yang suci mampu membentuk dan mengubah ke arah kebaikan. Juga ia dapat mengelakkan diri daripada terkena musibah batin seperti penyakit, sihir dan sebagainya. InsyaAllah.
Jadi demi kebaikan bersama, ana perturunkan ilmu bacaan Yaasin 41 ini.
1. Sebelum memulakan bacaan Yaasin, elok dimulakan dengan Isti’azah, Basmalah, kemudian surah al-Fatihah dan disusuli pula selawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak 11 kali.
2. Baca ayat pertama surah Yaasin 7 Kali.
3. Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat 38, ulang akhir ayat tersebut yang bermula dengan “zaalika taqdiru..” 14 kali.
4. Teruskan bacaan sehingga ayat 58 dan ulang sebanyak 16 kali.
5. Akhirnya apabila sampai ayat 81, ulanginya sebanyak 4 kali.
Semua sekali ayat-ayat yang diulang itu berjumlah 41 kali (7+14+16+4).
Sesudah itu, ambillah air zam-zam tadi, kemudian bacakanlah pula doa. Luahkanlah hasrat hati anda yang ikhlas itu samada untuk suami, isteri, calon suami atau isteri, untuk kesihatan (ubat) ibu bapa, anak-anak, pelajar dan sebagainya.
Sekian, semoga tulisan ini mendapat berkat dan manfaat kita bersama terutama kepada tuan guru ana, mereka yang memanjangkan ilmunya ini serta seluruh kaum muslimin dan muslimat sekalian. Wallahu aklam.
Untuk pengetahuan semua pembaca, artikel ini telah disalin semula dari: IbnRajab Online; http://ibnrajab.wordpress.com/2008/08/27/yaasin-41/

Thursday, June 7, 2012

Ayat 7

Antara khasiatnya jika diamalkan secara istiqomah :-
1)
Dicatat pahala yang banyak
2)
Wajah berseri
3)
Dijauhkan dari hasad dengki dan fitnah
4)
Dijauhkan dari gangguan iblis
5)
Ditunaikan segala hajat
6)
Terpelihara dari tipudaya musuh

Menurut Ka'abul akhbar:
Barangsiapa membaca akan dia, tiada kuasa seseorang memberi mudharat dan jikalau tertutup langit atas bumi, lepas ia dengan izin Allah.

Kata Ali r.a.:
Barangsiapa mengamalkan/membaca ayat 7 pagi dan petang, maka ia akan merasa aman sentosa dari segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada tipu daya musuh dan bala dengan izin Allah.

Apabila ayat 7 ini diamalkan sekali siang dan sekali malam (sesudah solat Maghrib dan Subuh), insyaallah akan memudahkan rezekinya, dipanjangkan umur, terpelihara dai gangguan jin, syaitan dan fitnah, dikasihi para hamba Allah serta dimudahkan serta dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.

Apabila diamalkan 40 hari berturut-turut dan pada setiap solat fardhu dibaca tujuh kali, nescaya akan memperolehi faedah yang besar.

Barangsiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai sembahyang fardhu, insyaallah, Allah akan memahkan sakaratulmaut kelak dan memperolehi pahala yang besar pula. Juga kalau dibacakan ayat ini pada orang sakit, maka insyaallah akan menenangkan dan menyembuhkan dengan segera.

Barangsiapa yang membaca ayat tujuh dengan tujuh hari berturut-turut dengan ketentuan tujuh kali disiang hari dan tujuh kali di malam hari, mudah-mudahan Allah akan melepaskan atau memudahkan dari kesulitan dan kesusahan.

Menurut yang pernah mengamalkan, baca ayat tujuh disiang hari tujuh kali dan malam hari tujuh kali selama tujuh hari kemudian selepas itu diwiridkan sekali siang (lepas subuh) dan sekali malam (lepas maghrib) secara tetap setiap hari. Jika sudah mantap amalannya, kesannya akan dapat dirasai.