Bismillahirrahmanirrahim, wa bihi nastaien
Terdahulu ana cuba ketengahkan cara bacaan Yaasin 7 Mubien. Hari ini ana ingin panjangkan pula ilmu guru ana tentang Yaasin ini. Katanya, jika ia dibaca cara 41 (usaha dengan izin Allah jua) akan dapat mengelakkan kecelakaan dan bala daripada menimpa kita. Ilmu ini pun diperturunkan oleh ulama juga. Bolehlah dirujuk kitab abwabu al-faraju yang dikarang oleh Dr Muhammad Alwi ataupun kitab-kitab yang membicarakan tentang kelebihan surah-surah al-Quran. Cuma walau apa pun kita perlu insaf bahawa, di dunia ini kita hanya berikhtiar, yang mengkabulkannya (memujarabkan) adalah Allah SWT jua. Dan di dalam surah Yaasin itu sendiri Allah tegaskan bahawa: Sekiranya Allah menghendaki sesuatu itu terjadi, dengan berkata padanya “kun” maka ia pasti akan berlaku.
Manfaatnya
Kata guru ana, jika orang bujang selalu baca (amalkan) Yaasin 41 ini, mudah dapat jodoh yang baik. Suami pula akan berjaya dalam pengurusan rumah tangganya. Isteri akan menjadi mudah taat pada suami. Ibubapa senang menangani karenah (kenakalan) anak-anak. InsyaAllah, anak tidak akan buat kabair (dosa besar).

Penyediaanya
Paling baik jika ia dibacakan ke atas air zam-zam dan dijadikan minuman sekeluarga setiap hari. Air zam-zam yang dibacakan pula ayat-ayat suci al-Quran itu sememangnya mampu membentuk diri ke arah yang lebih baik. Kerana unsur utama badan manusia merupakan air, jadi tidak dinafikan air yang suci mampu membentuk dan mengubah ke arah kebaikan. Juga ia dapat mengelakkan diri daripada terkena musibah batin seperti penyakit, sihir dan sebagainya. InsyaAllah.

Jadi demi kebaikan bersama, ana perturunkan ilmu bacaan Yaasin 41 ini.
1. Sebelum memulakan bacaan Yaasin, elok dimulakan dengan Isti’azah, Basmalah, kemudian surah al-Fatihah dan disusuli pula selawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak 11 kali.
2. Baca ayat pertama surah Yaasin 7 Kali.
3. Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat 38, ulang akhir ayat tersebut yang bermula dengan “zaalika taqdiru..” 14 kali.
4. Teruskan bacaan sehingga ayat 58 dan ulang sebanyak 16 kali.
5. Akhirnya apabila sampai ayat 81, ulanginya sebanyak 4 kali.

Semua sekali ayat-ayat yang diulang itu berjumlah 41 kali (7+14+16+4).
Sesudah itu, ambillah air zam-zam tadi, kemudian bacakanlah pula doa. Luahkanlah hasrat hati anda yang ikhlas itu samada untuk suami, isteri, calon suami atau isteri, untuk kesihatan (ubat) ibu bapa, anak-anak, pelajar dan sebagainya.
Sekian, semoga tulisan ini mendapat berkat dan manfaat kita bersama terutama kepada tuan guru ana, mereka yang memanjangkan ilmunya ini serta seluruh kaum muslimin dan muslimat sekalian. Wallahu aklam.
Untuk pengetahuan semua pembaca, artikel ini telah disalin semula dari: IbnRajab Online; http://ibnrajab.wordpress.com/2008/08/27/yaasin-41/
No comments:
Post a Comment