Ahia Ziarah merupakan ajen bagi mereka yang ingin menunaikan umrah & ziarah ke tanah suci. Pihak kami akan menyediakan tarikh-tarikh yang telah dijadualkan serta maklumat asas perjalanan oleh agensi yang bekerjasama dengan pihak kami. Selamat mengerjakan umrah semoga mendapat umrah yang mabrur, Insya Allah.
Contact Us
- Ahia Ziarah
- Untuk maklumat lanjut sila hubungi; Sidik: 019-3800897, Harizan: 019-3549722, Shaharuddin: 012-7622184, 012-7238077
Saturday, April 21, 2012
Kursus Umrah8: Amalan Sunat Selepas Berniat
Membanyakkan lafaz Talbiah
Maksud Bacaan Talbiah:
Maksud Bacaan Talbiah:
"Aku sahut seruanMu Ya Allah, hambaMu datang menyahut panggilanMu.
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu yang tiada sekutu bagiMu"
> Bermula talbiah: Selepas berniat ihram
> Berakhir talbiah: apabila mula hendak melakukan tawaf
Thursday, April 19, 2012
Otak Manusia Seperti Orang Sedang Bersujud; Kelebihan Bersujud
Cuba kita perhatikan gambar otak dengan orang yang tengah bersujud. Ada persamaankan? MasyaAllah, bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang sujud. Adakah ini kebetulan tapi ciptaan Tuhan tidak ada yang secara kebetulan.Semua di cipta ada tujuannya dan maksudnya. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.
Itulah hebatnya Tuhan. Otak yang selama ini kita bangga-banggakan ternyata bersujud kepada Tuhan, lantas kenapa kita masih tetap menyombongkan diri dihadapan Tuhan seperti orang-orang atheis yang menolak kewujudan Tuhan. Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?"
[Surah Fusshilat : Ayat 53]
"Apakah kamu tiada mengetahui, bahawa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan,binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia?Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya.Dan siapa yang dihinakan Allah maka tidak seorang pun yang memuliakannya.Sesungguhnya Allah berbuat apa yang di kehendakinya"
[Surah Al-Hajj; ayat 18]
Kelebihan sujud
“Wahai orang-orang yang beriman! ruku'lah dan sujudlah kamu kepada Tuhan kamu (Allah) dan perbuatlah kebaikan mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan”.
[Surah Al-Hajj : ayat 77]
Sujud melegakan sistem pernafasan. Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Saat yang paling dekat bagi seorang hamba untuk berada di samping Tuhannya, ialah ketika Ia sujud. Dari itu hendaklah kamu memperbanyak do‘a ketika sujud itu!”
Dan sabdanya pula:
“Ketahuilah bahawa saya dilarang membaca AlQuran di waktu ruku’ mahupun sujud. Maka sewaktu ruku’, hendaklah kamu membesarkan Tuhan, sedang di waktu sujud, usahakanlah padanya berdo‘a dengan sungguh-sungguh, kerana besar kemungkinan akan dikabulkan Tuhan!”
[Hadith Riwayat Ahmad dan Muslim].
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Wallahu alam.
Share kalau suka.
Wednesday, April 18, 2012
Kursus Umrah7: Berniat Di Miqat
BERSIAP SEDIA UNTUK BERNIAT UMRAH
1. Jemaaah Terus ke Mekah
2. Jemaah Dari Madinah
Jemaah Terus ke Mekah:
1. Bagi jemaah yang terus keMekah, miqat untuk berniat ihram Umrah adalah di Qarnul Manazil (dalam kapal terbang), kira-kira 30 minit sebelum mendarat di Jeddah.
Oleh itu jemaah yang pakej umrahnya terus ke
Mekah
adalah di
nasihatkan supaya memakai pakaian ihram dan solat
sunat ihram di rumah atau di KLIA bagi mengelakkan sebarang kerumitan untuk
memakainya di dalam kapal terbang.
2. Bagi jemaah yang pakej umrahnya berangkat ke Mekah, tetapi kapal terbangnya transit di mana-mana tempat maka miqat untuk berniat ihram umrah ialah dari arah mana kapal terbang mereka transit.
3. Jika mereka transit di BAHRAIN, KUWAIT atau QATAR maka miqatnya ialah di QARNUL MANAZIL.
4. Sekiranya kapal terbang yang mereka naiki transit di JORDAN atau MESIR maka miqat mereka ialah di JUHFAH.
5. Jika mereka transit di YAMAN, maka miqatnya ialah di YALAMLAM.
Jemaah Dari Madinah:
Bagi jemaah yang pergi ke Madinah terlebih dahulu, maka miqat makani untuk berniat ihram Umrah adalah di Bir Ali.
Gambar Masjid Bir Ali
Kursus Umrah6: Perkara-perkara Sunat Sebelum Niat
Perkara-perkara amalan Sunat sebelum berniat Ihram Umrah
1. Memotong kuku
2. Mengandam/ merapikan misai, janggut, rambut serta menanggalkan/ mencukur bulu ketiak dan ari-ari
3. Mandi sunat ihram
نويت الغسل سنة للإحرام لله تعالى
"Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Ta'ala"
>Terlupa mandi sunat Ihram
- sekiranya seseorang itu telah terlupa dan kemudiannya berkesempatan, dibolehkan dia mandi sunat walaupun sesudah memakai ihram dan bersolat sunat Ihram. Kerana amalan sunat yang tidak dikerjakan dalam waktunya, sunat dilakukan walaupun sudah melepasi waktunya.
4. Memakai pakaian ihram. AFDHAL berwarna putih.
- bagi lelaki; wajib menutup auratnya iaitu anggota dari pusat hingga ke lutut. Memadai dengan sehelai kain. Sunat dengan sehelai lagi kain bagi menutup tubuhnya.
- bagi wanita adalah wajib memakai pakaian yang menutup aurat, iaitu menutup seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
> ia menjadi WAJIB apabila hendak berniat Ihram (di Miqat)
4. Memakai minyak rambut
5. Memakai bau-bauan: pada tubuh badan sahaja; bukan pada pakaian6. Solat Sunat Ihram
Lafaz niat:
أُصَلّيْ سُنَّةَ الإِحْرَامِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَى
"Sahaja aku sembahyang sunat Ihram dua raka'at kerana Allah Ta'ala"
Kursus Umrah5: Niat
RUKUN UMRAH No. 1: Niat
Niat Ihram Umrah
Lafaz Niat Ihram Umrah
"Sahaja aku berniat mengerjakan Umrah dan berihram dengannya kerana Allah ta'ala"
seseorang yang terlupa berniat ihram Umrah di miqat seperti yang telah ditentukan, adaalah WAJIB dia berniat ihram Umrah di mana tempat dia teringat.
dia juga WAJIB membayar Dam Tertib dan Taqdir.
> menyembelih seekor kambing atau unta/ lembu (1/7 bahagian)
Niat Ihram Umrah
(1) Lafaz Niat Ihram Umrah
(2) Perkara-perkara amalan Sunat sebelum berniat
(3) Miqat makani/ tempat untuk berniat Ihram
Umrah
a. Jemaah yang terus ke Mekah
b. Jemaah yang datang dari Madinah
(4) Perkara-perkara amalan Sunat selepas berniat
"Sahaja aku berniat mengerjakan Umrah dan berihram dengannya kerana Allah ta'ala"
- Niat ihram Umrah hendaklah dilafazkan di miqat makani
- Adalah sunat melafazkan niat ihram Umrah secara lisan, namun adalah WAJIB menyertakan niat di dalam hati.
Tuesday, April 17, 2012
Kursus Umrah4: Rukun Umrah
RUKUN-RUKUN UMRAH
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Rukun Umrah:
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Rukun Umrah:
- Pekerjaan/ amalan asasi yang WAJIB dilakukan secara berturutan (tertib) ketika mengerjakan Umrah.
- Jika salah satu rukun tersebut tidak dikerjakan samada secara sengaja atau terlupa, maka umrah itu TIDAH SAH.
Kursus Umrah3: Kelebihan Umrah
Kelebihan Mengerjakan Umrah
Sebenarnya memang banyak hadis-hadis yang membicarakan tentang kelebihan umrah. Di antaranya ialah:
1. MENJADI TETAMU ALLAH
Di dalam Ihya'Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :
"Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang"
"Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang"
2. PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN
Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada' di Mekah :
"Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham" (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)
3. TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH
Di dalam Ihya'Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :
"Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga'"
"Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga'"
4. PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI
Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :
"Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji"
"Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji"
5. MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN
Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
"Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi"
"Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi"
6. PENGHAPUSAN DOSA
Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud :
"Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga"
"Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga"
AMARAN KE ATAS ORANG YANG MAMPU TETAPI TIDAK MENGERJAKAN HAJI / UMRAH
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim daripada Saidina Ali kwj yang mafhumnya,
“Sesiapa yang memiliki perbelanjaan yang melebihi dari keperluannya dan mencukupi untuk perbelanjaan menunaikan ibadah Haji serta mempunyai kenderaan yang boleh membawanya ke Baitullah dan tidak mengerjakan Haji, maka tidak ada apa yang menghalangnya dari mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani ”
Kursus Umrah2: Syarat & Hukum Umrah
SYARAT WAJIB UMRAH
Hukum Mengerjakan Umrah
Umrah adalah WAJIB dilakukan SEKALI sahaja seumur hidup keatas setiap orang yang mampu mengerjakannya.
Firman Allah: Surah Al-Baqarah, ayat 196:
وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ
"Dan sempurnakanlah (ibadah) haji dan umrah kerana Allah"
Kursus Umrah1: Talbiah & Pengertian
KURSUS UMRAH
BACAAN TALBIAH
Maksud Bacaan Talbiah:
"Aku sahut seruanMu Ya Allah, hambaMu datang menyahut panggilanMu.
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu yang tiada sekutu bagiMu"
PENGERTIAN UMRAH
- Pada bahasa: ziarah
- Pada syarak: mengunjungi BaitUllah Al-Haram pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah tertentu (Tawaf & Sa'ie) mengikut syarat-syarat yang tertentu.
Monday, April 16, 2012
Siapakah Kita?
Peringatan untuk diri saya khasnya, dan untuk semua kawan-kawan kaum muslimin. Bersama-samalah kita memperbaiki solat kita.
Hidup kelam kabut datang dari solatnya yang kelam kabut,
Hidup tak menentu datang dari solatnya yang tak menentu,
Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru,
Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati,
Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas dan tenang, datang dari solat yang tak lengkap (ponteng dan tinggal),
Hidup tertekan datang dari solatnya yang tiada tama'ninah,
Hidup bermasalah datang dari solatnya yang bermasalah.
Hidup yang cemerlang datang dari solatnya yang cemerlang,
Hidup yang tenang datang dari solatnya yang tenang,
Hidup yang diredhai datang dari solatnya yang diredha
Sunday, April 15, 2012
Do'a Solat Dhua
Maksudnya:
Ya Allah,
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah,
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,
dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah
dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha,
kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu
Limpahkan lah kepadaku
segala yang telah Kau limpahkan
kepada mereka yang soleh,
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah,
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,
dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah
dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha,
kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu
Limpahkan lah kepadaku
segala yang telah Kau limpahkan
kepada mereka yang soleh,
Subscribe to:
Posts (Atom)