Contact Us

My photo
Untuk maklumat lanjut sila hubungi; Sidik: 019-3800897, Harizan: 019-3549722, Shaharuddin: 012-7622184, 012-7238077

Wednesday, April 18, 2012

Kursus Umrah7: Berniat Di Miqat

BERSIAP SEDIA UNTUK BERNIAT UMRAH
1. Jemaaah Terus ke Mekah
2. Jemaah Dari Madinah


Jemaah Terus ke Mekah
1. Bagi jemaah yang terus keMekah, miqat untuk berniat ihram Umrah adalah di Qarnul Manazil (dalam kapal terbang), kira-kira 30 minit sebelum mendarat di Jeddah.



Oleh itu jemaah yang pakej umrahnya terus ke Mekah adalah  di nasihatkan supaya memakai pakaian ihram dan solat sunat ihram di rumah atau di KLIA bagi mengelakkan sebarang kerumitan untuk memakainya  di dalam kapal terbang.


2. Bagi jemaah yang  pakej umrahnya berangkat ke Mekahtetapi  kapal terbangnya transit di mana-mana tempat maka miqat untuk berniat ihram umrah ialah dari arah mana kapal terbang mereka transit.

3. Jika mereka transit di BAHRAIN, KUWAIT atau QATAR  maka miqatnya ialah di QARNUL MANAZIL.


4. Sekiranya kapal terbang yang  mereka naiki transit di JORDAN atau MESIR maka miqat mereka ialah di JUHFAH. 


5.  Jika mereka transit di YAMAN, maka miqatnya ialah di YALAMLAM.


Jemaah Dari Madinah:


Bagi jemaah yang pergi ke Madinah terlebih dahulu, maka miqat makani untuk berniat ihram Umrah adalah di Bir Ali.
Gambar Masjid Bir Ali

No comments:

Post a Comment