Contact Us

My photo
Untuk maklumat lanjut sila hubungi; Sidik: 019-3800897, Harizan: 019-3549722, Shaharuddin: 012-7622184, 012-7238077

Tuesday, April 17, 2012

Kursus Umrah3: Kelebihan Umrah


Kelebihan Mengerjakan Umrah

Sebenarnya memang banyak hadis-hadis yang membicarakan tentang kelebihan umrah. Di antaranya ialah:

1. MENJADI TETAMU ALLAH
Di dalam Ihya'Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :
"Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang"

2. PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN
Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada' di Mekah :
"Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham" (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

3. TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH
Di dalam Ihya'Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :
"Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga'"

4. PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI
Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :
"Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji"

5. MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN
Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
"Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi"

6. PENGHAPUSAN DOSA
Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud :
"Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga"




AMARAN KE ATAS ORANG YANG MAMPU TETAPI TIDAK MENGERJAKAN HAJI / UMRAH 
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim daripada Saidina Ali kwj yang mafhumnya,
   Sesiapa yang memiliki perbelanjaan yang melebihi dari keperluannya dan mencukupi untuk perbelanjaan menunaikan ibadah Haji serta mempunyai kenderaan yang boleh membawanya ke Baitullah dan tidak mengerjakan Haji, maka tidak ada apa yang menghalangnya dari mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani 

No comments:

Post a Comment